Jumat, 28 Desember 2012

Muslimahku


Duhai Muslimah,
Jangan sesekali kau coba menggoncang
keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu, dengan lengguk
tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak
kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Muslimahku, jangan sesekali cuba
menarik perhatian kaum Adam yang bukan
suamimu kerana aku kuatir ia mengundang
kemurkaan dan kebencian ALLAH..
Muslimahku,
Andai engkau belum menikah, jangan kau
risau akan jodohmu, ingatlah Muslimahku
janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan
maruahmu, hanya semata-mata kerana
seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang
menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk
menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya, tapi
merangsang nafsunya.
Duhai Muslimah,
Jangan sesekali dikau awali pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku
kuatir dari mata turun ke hati, dari
senyuman membawa ke salam, dari salam
cenderung kepada pertemuan dan dari
pertemuaan.......... takut lahirnya nafsu
kejahatan yang menguasai diri.
Muslimahku,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita
melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak
menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya
menggoncang iman mereka.
Tetapi Muslimahku,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya lelaki
yang soleh tidak menginginkan sebuah
pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya kerana dia takut menberi
kesempatan pada syaitan untuk
mengodanya. Lelaki yang warak juga tak
mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa
arti dalam sebuah htbungan antara lelaki
dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu
Hawa, jagalah pandanganmu, jagalah
pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan
pendirianmu...untuk menjadi muslimah
sejati... Aamiin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar